Pemikiran dan Emosi

Emosi sentiasa berlumba utk mendahului dan mendominasi hidup kita. Berlaku je sesuatu, emosi akan sampai dahulu. Lepas tu baru pemikiran tiba. Pelik jugak ye, mengapa emosi sampai dahulu dari pemikiran, sedangkan kedua duanya adalah dari tempat/pusat yang sama iaitu diri kita.

Amalan, ilmu dan personaliti dan jati diri. Ini yang menentukan emosi ke menang atau pemikiran ke menang.

1. Apa kita fikir, itu akan kita buat (pemikiran sampai dulu)

2. Kita buat dan lepas tu kita fikir (emosi sampai dahulu)

3. Kita buat dulu dan tak fikir fikir (emsoi sampai dulu)

No 1 tu pun masih belum selamat kerana, dalam kita dah fikir dan nak buat dgn betul, masih ada lagi:

1. Situasi
2. Rangsangan
3. Dorongan
4. Takdir

Sebab tu lah, bukan mudah pemikiran nak sampai dulu, boleh dan kena buat ini:

1. Diam sekejap dan fikir

2. Doa

3. Tambah ilmu berpanjangan

KIta latih diri untuk pemikiran sampai dulu ye, emosi sukat sukat mana yang sesuai je 🙂

Jangan Lupa Share Ya...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *