Nak Sokong Siapa??

Ramai yang mengutarakan manifesto dan sangka rakyat akan menerimanya dengan baik. Mengharapkan suatu generalisasi dari pihak rakyat untuk rakyat membaca dan menerima. Sekadar itu. Salah.
Rakyat akan menilai mengikut:
1. Apa yang telah dibuat sebelum ini (prestasi)
2. Kesannya kepada mereka
3. Kestabilan dari aspek pengalaman dan penyataan penyataan semasa wakil yang ingin bertanding. Logik ke tidak? menyakinkan ke tak calonnya?
4. Penyataan2 “bodoh” juga akan dinilai

Rakyat tidak menerima semudah itu. Pemikiran sudah berubah. Rakyat akan melihat secara kritis. Menyelongkar fakta demi fakta. Kesedaran tentang “nasib buruk” selama ini yang ditempuh dan yang bakal ditempuh cukup menakutkan rakyat.

Sesiapa yang datang dgn rekod buruk akan ditolak.
Sesiapa yang datang dgn idea idea angan angan/mimpi juga akan ditolak
Rakyat akan menerima sesuatu yang rasional dan logik dan melihat kepada kemampuan calon. Harapan rakyat sekarang ni terlalu tinggi untuk:

1. Hidup sihat
2. Hidup bahagia

Kesemua ini boleh dicapai hanya melalui KEHARMONIAN DAN KEBIJAKSANAAN.
Kalau mana mana parti dan calon ada elemen2 ini, maka anda akan disokong rakyat.

Tapi ingat, Parti perlu jelaskan soal dasar2 termasuk dasar sosial, pendidikan, percukaian, etc. Dasar kena dijelaskan bukan ditulis sahaja.

Calon kena kemukakan kepada rakyat apa masalah kampung yang mereka wakili dan apa penyelesaiannya.

Jadilah parti dan calon yang rasional.

Jangan Lupa Share Ya...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *