Sakit Jiwa dan Sakit Mental

Apakah sama sakit jiwa dan sakit mental? Jawapannya jelas, tidak sama tapi ada perkaitan.  Ia boleh terjadi disebabkan oleh:

  1.  Faktor Biologi -Faktor-faktor yang berkaitan dengan badan anda seperti gen, neurotransmitter, hormon, enzim dan anomali otak.
  2. Faktor Psikologi -Faktor-faktor yang berkaitan dengan kemahiran penyelesaian masalah, membuat keputusan, konflik, ketidakpercayaan diri sendiri, dll.
  3. Faktor Sosial -Faktor yang berkaitan dengan interaksi sosial anda dengan orang lain dan dengan persekitaran/situasi seperti peristiwa traumatik, masalah kehilangan orang disayangi, putus cinta dan sebagainya.

Semua itu boleh menyebabkan jiwa kita sakit dan mental kita juga sakit.  Kes lebih ringan adalah sakit jiwa akibat dari faktor psikologi, contohnya kelemahan dalam menyelesai masalah etc. Semua ini melibatkan emosi dan lebih teruk kalau emosi itu negatif. Itulah yang menyebabkan sakit jiwa.

Sakit mental pula boleh terjadi disebabkan biasanya oleh:

  1. Faktor biologi spt kerosakan saraf otak.
  2. Faktor Tekanan, Kemurungan dan Kebimbangan yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit mental spt Bipolar Disorder, Anxiety Disorders, Somatoform Disorder, Dissociative Disorders dan sebagainya.

Nasihat ayahsu ialah jangan biarkan tekanan berterusan lebih dari 2 minggu. JANGAN.

 

Dapatkan rawatan segera. Jangan jumpa bomoh atau dukun tapi lakukan tindakan ini dengan segera!

  1. Pergi berjumpa doktor di klinik kesihatan biasa dan jelaskan apa yang berlaku/tekanan yang berlaku.  Mereka akan rujuk anda ke Psikiatri kalau benar anda ada tanda tanda tertentu yang membahayakan anda, orang lain, kehilangan fungsi atau kekurangan fungsi atau tingkah laku abnormal anda.
  2. Selepas berjumpa psikiatri, mereka akan memerika anda.  Mereka ada pelbagai jenis rawatan yang sesuai dr segi ubat ubatan dan rawatan psikologi untuk anda.  Mereka juga memiliki kerahsiaan yang sangat tinggi dan pandangan serta laporan mereka boleh digunakan di mahkamah.
  3. Ingat, ikut nasihat doktor dan anda juga mesti mengembalikan kewarasan pemikiran logik anda untuk anda lebih rasional.  Ini penting untuk menyelamatkan mental anda.

INGAT! berjumpa psikiatri adalah sesuatu yang normal dan mereka memahami apa yang berlaku kepada minda anda. Ia boleh dirawat.  🙂 Buang persepsi lama iaitu rasa malu dan takut berjumpa psikiatri. 🙂

 

Jangan Lupa Share Ya...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *