Yakin, Ilmu, Dorongan dan Rangsangan

Kita manusia ada pemikiran sendiri, kita juga ada emosi, kedua dua ini akan menentukan apa kita akan lakukan/tingkah laku kita.  Namun, utk mengerakkan manusia berfikir dan beremosi serta bertingkah laku adalah:

 

  1. Keyakinannya pada sesuatu
  2. Pengetahuannya
  3. Dorongan
  4. Rangsangan

Bukan mudah kita nak temui insan yang mampu melakukan sesuatu berdasarkan ilmu dan sifat dalamannya, ada tapi sedikit.  Banyaknya kena ada 4 faktor di atas, sebagai contoh dorongan insan yang dia hormati dan kagumi, sepatah je kata dorongan dr mereka ini, ia akan melakukan sesuatu berterusan dan biasanya ia memerlukan dorongan sepanjang masa. Mungkin bukan dari org yang sama, asal dia rasa dihargai dan penting, maka dia akan melakukannya.

Insan yang ada internal factor dlm dirinya tidak memerlukan rangsangan atau dorongan, tapi dalam beberapa keadaan, ia memerlukannya juga.  Insan ini cukup kalau ada keyakinan terhadap sesuatu dan pengetahuannya tentang sesuatu itu.

Aplikasikan kefahaman ini dlm mendidik anak, mengurus pekerja dan sebagainya. Ia berguna dan berkesan. 🙂

Jangan Lupa Share Ya...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *